Skip to main content

Uncle Best Website

Tentang Kami

Jenama Ayam Gunting Sejak 2013

Dari sebuah idea kecil kepada salah satu pembekal ayam gunting terbesar di Malaysia — inilah kisah, komitmen dan impian besar Uncle Best.

Produk Uncle Best

Pengenalan

Halal, Dari Mula Hingga Akhir

Uncle Best Fried Chicken (UBFC) bermula sejak 2013. Hari ini, ekosistem Uncle Group merangkumi pengilangan, pemborongan dan peruncitan — semuanya di bawah kawalan kami sendiri.

Sebab itu, produk kami confirm halal — kerana setiap proses dari mula hingga akhir dijaga di kilang kami. Kami 100% milik Bumiputera yang menitikberatkan kebersihan serta halal dalam setiap urusan.

01 Pengilangan 02 Pemborongan 03 Peruncitan
Pengasas Uncle Best En. Saiful Nizam Zakaria

Pengasas

En. Saiful Nizam Zakaria

Founder, Uncle Best Fried Chicken

Bermula dengan satu matlamat mudah — melahirkan seramai mungkin usahawan berjaya melalui perniagaan ayam gunting yang mampu dimiliki semua. Visi itulah yang terus menggerakkan Uncle Best sehingga hari ini.

Visi

Menjadi syarikat yang bertapak kukuh dalam bidang makanan & minuman, memberi manfaat kepada masyarakat melalui peluang perniagaan dan pekerjaan — sekali gus mengharumkan nama Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Misi

  • Mengeluarkan produk berkhasiat, bersih & halal pada harga berpatutan.
  • Membantu usahawan menjana pendapatan bersih dari RM3,000 sebulan ke atas.
  • Melahirkan usahawan berinovasi & berdaya saing dalam sektor F&B.

Nilai Korporat

Prinsip yang Kami Pegang

Pelanggan adalah sumber kekuatan kami

Kepuasan pelanggan keutamaan kami

Komitmen penuh & kualiti tinggi

Kerja keras & disiplin menghasilkan yang terbaik

Kemajuan kendiri yang berterusan

Reputasi cemerlang & sentiasa proaktif

Kilang pengeluaran Uncle Best

Kualiti Terjamin

Dijaga Rapi di Setiap Peringkat

Daripada pemilihan bahan mentah sehingga proses pengeluaran, setiap peringkat dikawal teliti. Bekalan ayam sejuk beku dan tepung salutan diuruskan mengikut piawaian kawalan kualiti yang ketat.

Komitmen inilah yang membolehkan setiap cawangan menyajikan rasa yang konsisten, bersih dan berkualiti kepada pelanggan.

Jom Berkembang Bersama Kami

Sertai keluarga usahawan Uncle Best atau dapatkan bekalan produk sedia niaga hari ini.